Bismillahir Rahmanir Rahim.
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.
Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."
Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."
Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."
Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi."
Allah telah berfirman dalam surat Al-Ahzab:56 yang artinya:
“Sesungguhnya Allah dan malaikta-malaikat-Nya salawat kepada nabi (Muhammad). Hai orang-orang yang beriman, selawatlah kamu kepadanya (Muhammad) dan ucapkanlah salam dengan salam yang sempurna”
Maksud erti ayat di atas, selawat Allah kepada Muhammad ertinya menumpahkan rahmat kepadanya. Erti selawat Malaikat kepada Muhammad ialah meminta rahmat kepada Allah untuk Muhaammad. Dan erti selawat manusia kepada Muhammad ialah berdoa kepada Allah supaya menurunkan hujan rahmat kepadanya.
Aku pernah membaca salah satu buku tetapi aku lupa Judul buku tersebut, yang kalau tidak salah aku ingat, didalam buku itu memperkatakan tentang kelebihan membaca selawat Nabi Muhammad saw yang dimana “Barang siapa yang membaca selawat atas Nabi Muhammad saw pada hari jumaat sebanyak seratus kali, maka dosa yang telah dilakukan selama seminggu itu dihapuskan oleh Allah SWT dan orang tersebut akan dijaga dari dosa selama seminggu ke depan”.
Waallahualam
Dari cerita di atas.
Alangkah baiknya bila kita renungkan dan ambil manfaatnya.
Mungkin kita jarang sekali membaca selawat atas Nabi Muhammad saw.
Tapi sekurang-kurangnya kita baca selawat 10 kali saja tiap
Cuba kita fikirkan..
Apakah kita yang mengakui sebagai umatnya, tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? yang dimana para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.
Dengan cerita yang telah dikemukakan ini, bagi yang telah membacanya, semoga tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.
Amin…
0 comments:
Post a Comment